Syarikat pengeluar arak jenama ‘TIMAH’, Winepark Corporation Malaysia Sdn. Bhd bersetuju mempertimbangkan penukaran nama dan imej produknya selepas isu mengenainya tular.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kata sepakat berjaya dicapai dalam satu mesyuarat semalam.

Mesyuarat diketuai Datuk Seri Alexander itu turut  dihadiri Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Syarikat pengeluar arak itu turut meminta tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah.

Pertemuan secara hybrid itu diadakan selari dengan konsep Keluarga Malaysia sekali gus, mencapai kesepakatan demi kebaikan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini