Satu jawatankuasa khas bagai menangani isu banjir kilat, dibentuk.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Jawatankuasa yang dibentuk di setiap daerah di Melaka, turut akan dianggotai wakil pembangkang.

Setakat ini lebih 20 kawasan dikenal pasti kerap berlaku banjir kilat apabila hujan lebat dan ia dipercayai berpunca daripada masalah perparitan.

Tambah beliau, setakat ini semua kerja-kerja naik taraf seperti menyelenggara dan menambah baik saliran perparitan sedang dilaksanakan termasuk kawasan kerap berlaku banjir kilat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini