Keputusan pendengaran terhadap dua atlet angkat berat kebangsaan yang dilaporkan positif doping dijangka diketahui selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Pengarah Agensi Anti-Doiping Malaysia (Adamas) Azura Abidin berkata, jawatankuasa pendengaran yang mendengar hujah atlet pertama pada 21 Oktober lepas bakal menemu bual seorang lagi atlet, Sabtu ini.

Menurut Azura, Jawatankuasa pendengaran diberi masa sehingga Disember ini untuk membuat keputusan dan pihak Adamas tidak akan campur tangan dalam sebarang keputusan tersebut.

Tambahnya, jawatankuasa pendengaran itu akan dipengerusikan seorang individu dan dianggotai dua lagi ahli panel bebas dari ekosistem sukan tempatan daripada bidang perundangan dan perubatan.

Isu doping yang melanda dua atlet berkenaan pada bulan lepas menyaksikan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad sedia ada.

Keputusan pembubaran skuad berkenaan menyaksikan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 November ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini