Ketegangan membabitkan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dengan penceramah bebas, Dr Zakir Naik tiada kaitan dengan kementerian dan kerajaan.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebarang kenyataan yang dikeluarkan Kulasegaran berhubung Dr Zakir adalah pendirian peribadi dan mewakili partinya saja iaitu DAP.Katanya, kenyataan itu tidak menjejaskan Kementerian Sumber Manusia dan yakin Kulasegaran akan menanganinya secara profesional.Sabtu lalu, Kulasegaran menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Dr Zakir berhubung kenyataannya dan menggesa tindakan diambil terhadap pendakwah kelahiran India itu.Beliau yang juga Naib Presiden DAP, bersedia untuk ke mahkamah bagi berdepan dengan Dr Zakir susulan kenyataannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini