Bantuan wang bersasar akan diberikan kepada golongan memerlukan susulan harga ayam dijangka naik bermula bulan depan. Ia berikutan kawalan harga siling ayam dan telur ayam, ditamatkan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perinciannya akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Nanta turut mengumumkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Katanya, tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini