Jabatan Penjara menjelaskan penghuni penjara yang mencuci kereta dan gambarnya tular di laman sosial adalah individu yang terbabit dalam program pemulihan luar penjara dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

Jabatan Penjara dalam kenyataan memberitahu setiap banduan terbabit, telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu untuk menjalani BKLP, dengan pemantauan anggota penjara selain turut menerima gaji hasil daripada pekerjaan mereka lakukan.

Sejak kelmarin tular di media sosial satu tangkap layar mendakwa seorang pegawai Jabatan Penjara menyuruh seorang banduan mencuci kereta miliknya.

Tangkap layar berkenaan mengundang pelbagai kecaman, yang menganggap pegawai berkenaan menggunakan banduan itu untuk kepentingan peribadi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini