Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mencadangkan siasatan pengambilan tanah dan flat PKNS Sungai Baru, Kampong Bharu ditangguhkan ke tahun hadapan. Penangguhan memberi ruang kepada pihak berkaitan menyelesaikan rundingan.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) menerusi kenyataan memaklumkan agensi itu menjadi orang tengah rundingan. Ia selaras fungsinya menurut Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

Langkah proaktif diambil PKB dan KWP dengan mengadakan rundingan bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, pemaju dan pemilik kediaman terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini