Kerajaan Kedah memandang serius isu berkaitan kekurangan kemudahan asrama penginapan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Unishams) di Kuala Ketil, Baling. Sehubungan itu, sebuah asrama yang boleh menempatkan kira-kira 2,000 pelajar bakal dibina, tidak lama lagi.  

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk menjalankan pembinaan secara Build Operate Transfers (BOT) melalui Inisiatif Kewangan Swasta. Datuk Najmi berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kota Siputeh, Dr Salmee Said. 

Unishams juga dalam perancangan untuk menyewa sebuah kuarters institusi pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pekaka yang boleh menempatkan 640 pelajar. Kuarters berkenaan dalam proses baik pulih dan dijangka selesai pada Jun 2022.                   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini