Isu kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli yang dinafikan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi laman sosial memaklumkan delegasi Malaysia telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh penganjur.

Pada acara akhir lontar peluru F20 Sukan Paralimpik 2020, kemenangan Muhammad Ziyad dengan catatan 17.94 meter tidak diktiraf susulan bantahan dikemukakan oleh atlet lawan dari Ukraine selepas tamat perlawanan akhir.

Menurut Datuk Seri Ahmad Faizal, ketika ini perbincangan sedang diadakan melibatkan pihak Teknikal Delegasi Malaysia dan dua lagi negara, Australia serta Ecuador.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker memaklumkan Malaysia dibenar untuk membuat rayuan dan akan mengemukakan bukti-bukti tersendiri bagi menyakinkan juri pertandingan.

Pihak juri akan mengadakan perbincangan berdasarkan bukti dikemukakan seperti rakaman video, masa bantahan dibuat dan sebagainya.

Keputusan rayuan tersebut bakal dipaparkan di laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini