Isu kenaikan harga baja dan racun turut dibangkitkan pada sesi Pertanyaan Menteri. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menubuhkan Jawatankuasa Bersama Berkenaan Isu Kenaikan Harga Baja dan Racun.

Jelas Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, penubuhan jawatankuasa itu sebagai usaha bersepadu untuk meneliti cadangan tindakan dan kaedah penyelesaian serta langkah-langkah lain dalam membantu petani dan pengusaha kecil yang berhadapan dengan isu tersebut.

kenaikan harga baja dan racun berpunca daripada bekalan baja dan racun yang berkurangan di pasaran di sebalik permintaan yang berterusan daripada petani.

Selain itu, perubahan polisi negara pengeksport, kenaikan kos bahan mentah, gangguan logistik serta spekulasi pasaran turut mempengaruhi harga bekalan baja dan racun. Datuk Seri Dr Ronald menjawab pertanyaan ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini