Isu hak milik tanah ladang melibatkan 211 penduduk Kampung Serampang Indah (GATCO) di Jempol kini selesai sepenuhnya.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pemberian hak milik tanah tersebut telah bermula secara berfasa sejak Mac tahun lalu.

Jelas beliau, pada fasa satu sejumlah 139 hak milik telah diserahkan kepada penduduk, diikuti 38 lagi menerusi fasa kedua pada 24 Disember lalu.

Terkini, 34 orang lagi menerima geran pada fasa ketiga menjadikan 211 orang penduduk terlibat dengan isu GATCO telah dapat diselesaikan selepas 40 tahun menanti.

Isu Ladang GATCO timbul apabila penduduk asal yang membayar ketika memasuki tanah rancangan itu tidak dapat memiliki tanah sehingga kes dibawa ke mahkamah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini