Sebuah ladang ayam di Semanggol, Perak diarah menghentikan operasi seketika selepas dipercayai menyebabkan gangguan lalat di tiga buah kampung di sekitar kawasan tersebut sejak 30 tahun lalu.
 
EXCO Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, pemilik ladang diminta untuk memastikan sistem pengendalian sisa tinja yang dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di ladang berkenaan di Semanggol, Perak.
 
Hasil tinjaunnya bersama Jabatan Hal Ehwal Veterinar, ladang tersebut mempunyai 16 blok reban dan mampu mengeluarkan 80,000 ekor ayam pada satu-satu masa.
 
Pada masa sama beliau juga memberitahu perbincangan tentang kenaikan kadar denda dalam Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak 2005 terhadap pengusaha kini di fasa akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini