Kerajaan memandang serius isu lambakan rumah tidak terjual hingga berlaku kelembapan pasaran hartanah yang menjejaskan ekosistem pemajuan perumahan dan rantaian ekonomi.

Antara puncanya, penawaran perumahan tidak sepadan dengan permintaan, harga rumah tidak sepadan dengan pendapatan isi rumah, lokasi kurang menarik dan transaksi pembelian rumah sedia ada secara subsale.

Inisiatif kerajaan ialah Kempen Pemilikan Rumah, HOC dengan pengecualian duti setem kepada pembeli rumah kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta, yang terhad kepada RM1 juta pertama daripada harga kediaman tersebut.  

Diskaun 10 peratus turut disediakan pemaju berdaftar melalui Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).  

Kempen sejak Januari 2019 itu akan diteruskan sehingga 31 Disember depan.  

Datuk Seri Dr Ismail menjawab pertanyaan wakil Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini