Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Oktober lalu, bagi menyelesaikan isu lantikan kontrak pegawai perubatan, kini sedang meneliti keperluan bagi pindaan beberapa akta berkaitan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pindaan akta itu meliputi akta perubatan dan
akta pergigian.

Tambah Khairy, Kementerian Kesihatan bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam juga masih meneruskan perbincangan bagi membuat pindaan akta pencen.

Langkah itu bagi melihat kesesuaian penawaran lantikan secara tetap dengan lestari kepada pegawai perubatan menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP).

Khairy membuat penjelasan bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen Port Dickson.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini