Pasukan penguat kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah akan menjalankan siasatan berhubung aduan isu manipulasi harga pakej pelancongan di Semporna melibatkan ejen pelancongan tidak berdaftar.

Memandang serius mengenai perkara itu, Menterinya, Datuk Jafry Ariffin dalam kenyataan menyebut, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak sebarang masalah besar kepada industri pelancongan di Semporna pada masa depan.

Beliau mengingatkan semua pengusaha pelancongan berdaftar agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga pakej pelancongan di Semporna memandangkan sektor itu baharu berkembang semula.

Pengerusi SPDA Suzimin Edris sebelum ini dilaporkan berkata ramai pengusaha pelancongan di Semporna menawarkan pakej pelancongan murah.

Bagaimanapun beliau mendakwa pakej itu diberikan pengusaha pelancongan tidak berdaftar dan merekrut pekerja tidak berpengalaman dan tidak berkemahiran memberi rawatan kecemasan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini