Isu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi danKestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang yang bakal berakhir 31 Julai ini bukan alasan untuk Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor berpendapat, tiada jamian politik dan ekonomi negara akan stabil jika pilihan raya dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, kerajaan ketika ini masih dalam proses pembinaan semula negara akibat pertukaran kerajaan secara tidak berkala selain peralihan negara ke fasa endemik.

Beliau berkata, tumpuan seharusnya ke arah membina hubungan keluarga malasysia sekaligus memperkukuhkan kembali ekonomi negara pada landasannya.

Malah tambahnya, terdapat juga syarat-syarat jelas dalam MoU tersebut antarnya mengenai juga menstabilkan kembali sistem politik negara termasuk dengan mengadakan mekanisme undang-undang anti lompat parti dalam pilihan raya kelak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini