Isu tular di media sosial berhubung perkhidmatan farmasi HKL baru-baru ini, merupakan kekeliruan yang berlaku antara pengadu dan pegawai bertugas.

Pengarah HKL, Dr Rohana Johan menjelaskan kekeliruan itu timbul apabila, perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan sebenarnya adalah bagi ubat tertentu, berikutan kekangan stok bekalan yang terhad.

Beliau bagaimanapun berkata perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Pihak HKL pada masa sama telah mengenal pasti pegawai terlibat dengan isu komunikasi itu serta tindakan sewajarnya bakal diambil bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini