Susulan pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berpendapat, hampir mustahil untuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Malah, jawatankuasa itu perlu menghormati peraturan Olahraga Para Dunia (WPA).

Jelas beliau, kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan pasukan Ukraine kerana mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Kontinjen negara juga perlu bertanggungjawab kerana ia adalah kecuaian yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata sewaktu menggalas tugas selaku Ketua Kontinjen ke Sukan Asia 2010 dan Sukan Paralimpik London 2012, beliau mengarahkan pegawai pengiring untuk memastikan atlet berada di venue pertandingan dua jam lebih awal sebelum acara bermula sebagai persediaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini