Isu penduduk Kampung Pulau Tiga, Sungai Petani, Kedah yang diusir daripada penempatan mereka ekoran pemilik tanah swasta mendapat perintah mahkamah agar penghuni mengosongkan tanah terbabit dengan segera, selesai.

Mereka kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri menawarkan Flat Perumahan Awam di Paya Nahu, Sungai Petani untuk dijadikan penempatan baharu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, 23 keluarga boleh berpindah segera ke rumah pangsa berkenaan.

Manakala kediaman 7 keluarga lagi sedang dalam proses pembaikan dengan kos pembaikan berjumlah RM150,000 ditanggung Kerajaan Negeri. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri tidak menjanjikan sebarang bentuk pampasan kepada penduduk.

Beliau berkata demikian di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini