Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad bakal mengadakan perbincangan meja bulat susulan kes penukaran agama sebelah pihak membabitkan tiga anak ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Beliau berkata perbincangan akan disertai pakar undang-undang, pensyarah dan beberapa mufti pada Rabu depan.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Taiping, Perak.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga adik-beradik itu yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan segera kepada Loh selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini