Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN, berhubung isu perwakilan dari Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi Twitternya menyuarakan pendapat tersebut  ketika mengulas kenyataan Malaysia pada sidang kemuncak tiga hari yang bermula Selasa yang diadakan secara maya.

Ketika mesyuarat menteri luar ASEAN pada 15 Okt lepas, blok serantau itu mengambil langkah tegas mengecualikan Myanmar pada Sidang Kemuncak itu selain menolak permintaan kerajaan bayangan Myanmar, Kerajaan Perpaduan Nasional (NUJ) untuk menyertai sidang berkenaan.

Kumpulan serantau itu sebaliknya memutuskan untuk mengundang wakil bukan politik bagi mewakili negara berkenaan.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38, Ismail Sabri turut menyentuh mengenai wabak COVID-19, dan menggesa ASEAN meningkatkan kerjasama dengan negara yang mempunyai pemikiran sama serta pertubuhan antarabangsa yang relevan ke arah memastikan vaksin pada harga mampu milik, mudah diperoleh selain dikongsi secara saksama selain mengutamakan diplomasi kesihatan menerusi kolaborasi lebih meluas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini