Ketua Kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Olena Zaitseva bagi memohon maaf.

Ini susulan insiden kecaman peminat sukan Malaysia terhadap atletnya, Maksym Koval di media sosial.

Koval menerima kecaman hebat daripada netizen tanahair selepas jaguh negara, Muhammad Ziyad Zolkefli memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter dan pingat emasnya dibatalkan.

Datuk Seri Megat menjelaskan beliau telah menerangkan kepada  Olena bahawa situasi tersebut berpunca daripada kekecewaan rakyat Malaysia terhadap keputusan yang tidak berpihak kepada Ziyad.

Beliau memaklumkan Olena turut memberi jaminan akan menyampaikan mesej permohonan maaf tersebut kepada seluruh rakyat Ukraine.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini