Perbicaraan Kes Rasuah Lim Guan Eng.

Bekas pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd , Ibrahim Sahari memberitahu Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bahawa dirinya tidak mengetahui jumlah wang yang didakwa diberikan kepada Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang.

Malah,beliau juga tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

saksi pendakwaan ke-29 disoal peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng turut berkata rakan sejawatnya,Datuk Zarul Ahmad telah membuat pengakuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kepadanya mengenai pembayaran kepada Guan Eng selepas dibebaskan dari tahanan SPRM.

Bagaimanapun,Ibrahim menyatakan Datuk Zarul tidak memberitahu mengenai cara dan jumlah pembayaran itu.

Dalam prosiding sebelum ini, Datuk Zarul memberitahu mahkamah bahawa Lim meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan projek itu.

Ibrahim turut mengakui bahawa beliau menyediakan invois, baucer dan akaun syarikat palsu seperti yang diarahkan Datuk Zarul.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 25 Julai ini.