SFP Tech Holdings Bhd positif dapat mencapai prestasi dan nilai saham lebih tinggi setelah tersenarai dalam Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Syarikat pembekal penyelesaian kejuruteraan dan automasi bersepadu itu berpendapat, isu rantaian bekalan global tidak akan menjejaskan operasi syarikat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Chang Chee Jia, meskipun rantaian bekalan sedikit terganggu sebelum ini, pihaknya yakin dapat memberikan pulangan terbaik kepada pembeli sahamnya dengan pembukaan ekonomi secara global.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara. Di masa hadapan, pihaknya bercadang menceburi industri automotif, kesihatan dan semikonduktor.

SFP Tech Holdings Bhd membuat kemunculan kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 60 sen, premium 30 sen berbanding harga terbitannya, dengan 90 juta saham bertukar tangan. Penyenaraian tersebut dijangka meraih sebanyak RM62.23 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini