Isu penangguhan sementara aktiviti umrah antara initipati utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat khas kabinet esok.
 
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak Kementerian kesihatan akan membentangkan laporan mengenaiisu tersebut untuk tindakan lanjut.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah yang bermula 8 Januari ini bertujuan memperlahankan penularan varian Omicron COVID-19 dalam negara.

Ini kerana berdasarkan data, hampir 78 peratus jangkaan Omicron baharu adalah daripada jemaah umrah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini