Isu tenaga buruh industri sawit menjadi antara fokus utama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk tahun ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan pihaknya kini aktif berbincang bersama wakil kerajaan beberapa negara serantau bertujuan membawa masuk buruh asing sektor perladangan. 

Tambahnya beberapa isu teknikal perlu dipersetujui kedua-dua pihak berhubung kemasukan buruh asing merangkumi isu kebajikan, penginapan dan upah pekerja.

Kementerian Sumber Manusia sebelum ini memaklumkam seramai 32,000 buruh asing Indonesia dijangka tiba pada pertengahan Februari untuk bekerja di sektor perladangan seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini