Pemain dan pegawai Melaka United FC (MUFC) yang terlibat dengan isu tunggakan gaji akhirnya mampu tersenyum selepas masalah tersebut berjaya diselesaikan sepenuhnya semalam.
 
Perkara itu disahkan Pengurusan Kelab Bola Sepak berkenaan selepas melaksanakan penstrukturan kewangan dan pentadbiran.

Proses pembayaran gaji selama 3 bulan telah dilaksana secara berperingkat sepanjang minggu ini dan lunas sepenuhnya semalam.

MUFC kini sedang dalam fasa mempersiapkan pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Terdahulu, Melaka United antara pasukan yang diberi amaran oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menyelesaikan tunggakan gaji pasukan musim lepas atau berhadapan dengan sekatan perpindahan pemain secara automatik pada 1 Februari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini