Datuk Mohamed Azmin juga berharap akan ada penjelasan lebih jelas berhubung video seks yang didakwa melibatkan dirinya dan seorang pemimpin AMK Santubong. Jelas beliau, pihaknya telah mengambil beberapa tindakan seperti melaporkan kepada jabatan Agama Islam mengenai Qazaf dan telah membuat laporan polis berkenaan tuduhan yang mengatakan lelaki yang terlibat dalam video itu mirip dengan dirinya. Tambahnya, meskipun isu itu sedang tular dan hangat diperkatakan, namun beliau mengingatkan bahawa mereka perlu terus bekerja dan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Beliau berkata demikian ketika hadir rumah terbuka aidilfitri Dun Seberang Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini