Isyarat telemetri pertama daripada MEASAT-3d diterima tepat 6.41 pagi waktu Malaysia. Ini menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya.
Proses pemisahan pertama dari roket pelancar Ariane-5 berlaku pada 6.19 pagi waktu Malaysia manakala pemisahan kedua pada 6.34 pagi sebelum isyarat pertama diterima oleh bumi tujuh minit kemudian.
Pelancaran satelit MEASAT-3d mengalami kelewatan 47 minit daripada jadual asal pada 5.03 pagi waktu Malaysia.