Polis Itali berjaya menemui pelbagai senjata canggih termasuk peluru berpandu udara ke udara dalam satu serbuan di lokasi yang dirahsikan.Senjata seperti raifal tempur automatik milik kumpulan pelampau berhaluan kanan turut ditemui di dalam operasi berkenaan.Serbuan dilancarkan di beberapa bandar di Itali selepas pihak berkuasa mendapat bukti warga tempatan membekalkan senjata kepada pemberontak pro-Rusia di Donbass.Selain senjata, polis juga menemui prograpaganda neo-Nazi di markas kumpulan pelampau terlibat.Peluru berpandu itu dipercayai digunakan oleh tentera Qatar termasuk daripada model Matra.Apa yang mengejutkan pihak berkuasa adalah bagaimana kumpulan pelampau terbabit mempunyai akses untuk mendapatkan senjata tempur dengan teknologi terbaharu.Susulan itu, polis berjaya menahan 3 suspek termasuk bekas calon daripada parti Forza Nuova, Fabio Del Bergiolo.Mereka ditahan berhampiran lapangan terbang Forli ketika cuba menjual senjata berkenaan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini