Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) membuat keputusan untuk menyingkirkan Rusia dan Belarus dari sebarang kejohanan berpasukan seperti piala Davis, piala Billie Jean King sehingga diberitahu kelak.

Rusia merupakan juara bertahan kedua-kedua kejohanan itu.

Namun, bagi acara individu, pemain-pemain masih dibenarkan beraksi di bawah bendera berkecuali.

Ia dilihat memberi kelegaan buat pemain nombor satu dunia yang baharu, Daniil Medvedev yang merupakan warga Rusia untuk bermain di Jelajah ATP serta kejohanan Grand Slams tahun ini.

Atlet Rusia dan Belarus dilarang daripada mengambil bahagian dalam sukan berikutan pencerobohan di negara Ukraine.

Selain tidak dibenarkan bertanding dalam sukan bola sepak, ragbi dan luncur ais antarabangsa, mereka juga akan terlepas penyertaan dalam sukan ski, bola keranjang, dan olahraga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini