Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menyerbu sebanyak 43 premis dan 17 pemeriksaan dan merampas pil ivermectin berjumlah RM124,000 tahun ini.
 
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali memaklumkan, kementerian sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengekang penjualan produk kesihatan yang tidak didaftarkan. Ia bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna serta salah guna label yang dikeluarkan kementerian.

Beliau menjawab soalan senator Datuk Bashir Alias berhubung penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19. Tambah Datuk Dr. Noor Azmi, setakat ini bukti untuk menyokong penggunaan Ivermectin bagi merawat atau mencegah jangkitan COVID-19 adalah sangat terhad.

Namun, hasil analisa Kajian I-TECH dijangka akan dibentangkan kepada Kementerian pada akhir Oktober. Tegasnya, menjual produk kesihatan tidak berdaftar akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini