Jabatan Imigresen menafikan dakwaan yang tular di media sosial, berhubung kemasukan tiga juta warga China dan kemasukan tidak teratur warga asing ke Malaysia, semasa gangguan sistem KLIA.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan media menjelaskan, ketika sistem Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di KLIA mengalami ganguan, proses pemeriksaan kemasukan warga asing oleh jabatan itu dilakukan secara manual.Semua pelawat asing juga perlu mematuhi syarat serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan pelawat asing.Selain itu, kesemua langkah keselamatan turut dipertingkat, termasuk melakukan pemantauan berterusan oleh penguatkuasa di balai ketibaan dan perlepasan antarabangsa serta kawasan satelit.Justeru, Datuk Khairul Dzaimee menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum membuat sebarang perkongsian sehingga menjadikan ia tular.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini