6 wanita warganegara Afrika ditahan dalam satu operasi membenteras pelacuran di ibu negara semalam.

OP NODA yang diketuai Jabatan Imigresen Malaysia telah menyerbu sebuah kondominium mewah dan mendapati ia dijadikan sarang bagi aktiviti tidak bermoral itu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, hasil siasatan mendapati taktik kerap menukar tempat penginapan menjadi modus operandi aktiviti tersebut lebih dari 4 bulan.

Pelanggan terdiri daripada warga afrika dan juga rakyat tempatan.
 
Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini