Penganjuran program seperti edaran bubur lambuk, menjadi pendekatan terbaharu Jabatan Penerangan pada bulan Ramadan bagi memperjelas isu yang mengundang salah faham masyarakat. Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Erwin Khairul Ahmad, pendekatan itu dilakukan dalam usaha pihaknya mendekati masyarakat bagi memperjelas isu yang menjadi polemik pihak-pihak tertentu. Beliau ditemui media pada program Kenduri Ramadan edaran Bubur Lambuk 2019 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program itu hasil kerjasama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju. Lebih 2-ribu bekas bubur lambuk diedar kepada penduduk sekitar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini