Kejayaan Jabatan Penjara melahirkan ramai banduan berkemahiran, disifatkan sebagai membanggakan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu dibuktikan menerusi dua pengiktirafan yang diterima Jabatan Penjara di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan itu, ialah Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) 2021 kali ke-5 dinobatkan “Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Sumbangan kepada Pembangunan Mampan Sektor Kraf dan Rangkuman Sosial”.
Selain itu, penyertaan di London Craft Weeks pada Mei lalu, yang mempamerkan hasil tenunan penghuni penjara.