Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern bakal mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat minggu ini.

Ia sebagai usaha meningkatkan eksport dan menarik lebih ramai pelancong ke negara pasifik itu yang akan membuka sepenuhnya sempadan akhir Julai ini.

Ardern bakal bertemu Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres di New York dan pegawai kanan Senat di Washington, DC namun tidak menyenaraikan pertemuan dengan Presiden AS, Joe Biden yang kini dalam rangka lawatan ke Jepun dan Korea Selatan.

Tambahnya, hubungan antara New Zealand dan Amerika Syarikat adalah penting dari segi politik dan perdagangan. Menurut data, perdagangan dua hala antara negara bernilai kira-kira 12 bilion dolar Amerika pada 2021, dengan pertumbuhan tahunan secara purata sebanyak 5 peratus sepanjang 15 tahun.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini