Menjelang Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.

Jaguh lontar tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer tidak mahu kegagalan mempertahankan pingat emas pada edisi 2019 terus menghantuinya.

Bagi mengubat kecewaan tersebut beliau tekad melakukan yang terbaik bagi melakar kecemerlangan di Vietnam, Mei ini.

Jackie, 29 tahun yang merangkul emas pada Sukan SEA 2017 berharap dapat melayakkan diri ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada 10 hingga 25 September depan.

Dia juga membuat penampilan sulung pada Sukan Asia 2018 di Indonesia yang menyaksikannya menamatkan cabaran di tangga ketujuh kesuluruhan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini