Budaya membaca perlu dikekalkan dan dipupuk secara berterusan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kegagalan dalam mengekalkan budaya membaca bukan hanya menjejaskan dan menghancurkan usaha kerajaan membina sebuah negara malah juga penggiat serta industri buku itu sendiri.

Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PBAKL kali ini juga merupakan antara usaha berterusan penggiat industri buku bagi mengukuhkan budaya membaca serta memperkasakan lagi industri tersebut. Beliau ditemui media selepas melancarkan PBAKL 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini