Bahang Piala AFF bawah 23 tahun kini mula dirasai susulan pengumuman terbaharu jadual pertandingan kejohanan tersebut.

Menerusi jadual tersebut, skuad Brad Maloney akan memulakan aksi Kumpulan B menentang Myanmar sekali gus perlu memanfaatkan perlawanan pada 15 Februari ini.

Pasukan Laos bakal menanti skuad kebangsaan tiga hari selepas itu di Stadium Prince, Kemboja bagi aksi kedua peringkat kumpulan.

Cabaran sebenar skuad belia negara adalah pada 21 Februari apabila dijadual menentang juara bertahan Indonesia.

Dalam kesemua perlawanan tersebut Malaysia harus mendapatkan keputusan positif andai memasang impian melangkah ke separuh akhir.

Berdasarkan format kejohanan hanya juara setiap kumpulan dan satu naib juara terbaik sahaja layak ke saingan separuh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini