Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan mengemukakan cadangan SOP kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan, untuk membuka masjid dengan kapasiti penuh, selari fasa 4 PPN.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, Pemakluman cadangan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk perkenan, sebelum pelaksanaannya yang dijangka Januari tahun depan. SOP tersebut turut mengambilkira situasi COVID-19 negara ketika ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri, DUN Johor di Kota Iskandar, Iskandar Putri. Buat masa ini, semua masjid dan surau di Johor mengikut had satu pertiga daripada kapasiti keluasan masjid. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini