Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membangunkan Pelan Tindakan OKU Muslim sebagai inisiatif memenuhi keperluan golongan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, menuju usaha tersebut, kerjasama strategik dengan NGO yang mewakili golongan ini sangat membantu pihaknya untuk membela kepentingan OKU muslim.

Jelasnya, selain itu, ia bagi memastikan golongan OKU Islam tidak terpinggir dari segi pendidikan dan pembelajaran.

Malah, JAKIM juga sedang meneliti modul khas bagi murid OKU yang menyertai Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini