Penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) dilihat berjaya menarik orang ramai hadir dan memberi maklum balas kepada pelbagai agensi kerajaan.

Penganjurannya untuk kali keempat iaitu di Terengganu yang masuk hari kedua, turut mendapat sambutan.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik turut disediakan kepada pengunjung di reruai Kementerian Komunikasi Multimedia, K-KOMM sepanjang tiga hari penganjuran JAKM.
 
Warga Terengganu juga berpeluang membuat sebarang laporan mengenai isu perkhidmatan Internet dan kesalinghubungan yang terdapat di kawasan masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini