Jalan di Kampung Kubang Betong, mukim Hosba di Changlun, Kedah yang mendap dan runtuh akibat banjir pada November lalu akan dibaikpulih.

Exco Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, kerja-kerja baikpulih akan dilakukan pada penghujung bulan ini.

Menurut Datuk Halimaton Shaadiah, peruntukkan bagi membaikpulih jalan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Katanya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Isahak Murat telah memberi kelulusan kepada Jabatan Kerja Raya, JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS untuk membuat pembaikan dan menyelesaikan permasalahan di tempat kejadian.

Beliau berharap, penduduk dan pengguna jalan raya berkenaan dapat bersabar sementara menunggu jalan tersebut dibaikpulih.

Jelasnya, banjir kali kedua yang melanda daerah Kubang Pasu pada bulan November lalu telah mengakibatkan banyak kejadian hakisan tanah parit dan jalan raya yang terputus.

Datuk Halimaton Shaadiah berkata demikian selepas melakukan lawatan bersama Pegawai Kewangan Negeri ke lokasi tanah mendap di Kampung Kubang Betong, Changlun, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini