Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuka semula Laluan Persekutuan FT185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Cameron Highlands selepas berpuas hati dengan tahap keselamatan laluan tersebut. 
 
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ketika ini kerja-kerja baik pulih giat dijalankan JKR selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku awal bulan ini. Laluan berkenaan ditutup kepada pengguna susulan tanah runtuh yang telah meragut dua nyawa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini