Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27, Perak masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta mengeluarkan notis penutupan itu hingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada semalam mendapati, keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya. Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini