Susulan kejadian tanah runtuh di Taman Belimbing Setia , Durian Tunggal, Melaka pada malam semalam.

Separuh jalan masuk ke taman berkenaan ditutup selama seminggu. 

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman, tanah runtuh yang berlaku di lereng bukit taman itu telah menghalang laluan utama ke taman tersebut.

Bagaimanapun, orang ramai dibenar menggunakan laluan lencongan yang telah disediakan.
 
Jelas beliau, kejadian tanah runtuh berpunca apabila batu penghadang dan longkang yang dipasang sepanjang 90 meter di lereng bukit itu pecah.
 
Selain itu, faktor hujan berterusan dan peralihan monsun timur laut juga menyebabkan struktur tanah di bukit itu menjadi tidak stabil. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini