Jalan Tapah – Cameron Highlands di Pahang ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini, berikutan kejadian tanah runtuh di Batu 25 dan 26, semalam. Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Wan Azharuddin Wan Ismail dalam satu kenyataan menyebut, laluan tersebut ditutup sehingga kerja membersihkan runtuhan selesai.

Jelasnya, penutupan itu dibuat hasil perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana dikhuatiri membahayakan pengguna lain. Setakat ini kerja-kerja pembersihan telah dijalankan, namun masih terdapat runtuhan baharu yang menyekat laluan. 
 
Pengguna dinasihat menggunakan laluan alternatif untuk ke Cameron Highlands. Bagaimanapun bagi penduduk yang tinggal di sepanjang jalan sehingga ke Batu 20, masih boleh menggunakan laluan berkenaan dan dinasihatkan berhati-hati.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini