Bahaya menanti jika masih ingkar menggunakan Jambatan Gantung Kampung Nelayan Tengah di Sibugal Besar, Sandakan, Sabah.

Selepas tular laluan pejalan kaki itu membahayakan penggunanya, arahan penutupan sementara dikeluarkan.

Atas faktor keselamatan, laluan ditutup berkuatkuasa Rabu lalu hingga kerja pembaikan selesai.

Kenyataan Majlis Perbandaran Sandakan berkata kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya ada pihak yang mengingkari larangan.

Isu jambatan gantung berkenaan tular di laman sosial, apabila foto pelajar sedang meniti jambatan berkenaan untuk ke sekolah, baru-baru ini.

Jambatan gantung sepanjang kira-kira 150 meter ini merupakan penghubung dan laluan alternatif penduduk di tiga kampung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini