Jambatan gantung pejalan kaki terpanjang di dunia kini menjadi tarikan terbaharu di Republik Czech. Dibuka secara rasmi awal Mei lalu, Sky Bridge 721 menghubungkan dua tebing gunung yang terletak di Dolni Morava.

Pembinaan memakan masa selama dua tahun jambatan sepanjang 721 meter itu tergantung di udara pada ketinggian 95 meter.

Selain mencabar keberanian pengunjung, jambatan berkenaan turut menawarkan pemandangan menakjubkan kerana dikelilingi landskap alam semula jadi gunung Kralicky Sneznik kira-kira 200 kilometer di timur Prague.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini